Thursday, November 25, 2010

Cuti..

salam...
seronoks nyess esok dpt bercuti...sampai isnin..
nk jln puas2 di KK..sambil2 baby sit Fatin Qarmeela yg cute..
oh terasa seronoks...jiwa sudah berbunga riang=)

sekian..dh dekat pukul 5..mau balik sudah..
[mlm nii ade org nk banje mkn2 kt deepsea..nk pau bnyk2 lh..ehe]~~

Sunday, November 21, 2010

,,,Salam,,,

..Ku sampaikan salam penuh kerinduan..bersama desir angin lalu..agar bisa sampainya..dan rasa itu..turut hadir dalam hati2 mereka..mereka yg teramat dirindui..

~missim them..so badly..uhukssss..

Thursday, November 18, 2010

rindu + sayang =????

..merinduimu amat menyakitkan..
..melepaskanmu amat merugikan..
..membencimu amat menyedihkan..
..menyayangimu amat membahagiakan..

Past..Present..n Future..

..its not going to be easy to deal with the past and live the present..and..fighting for the future..
sekian..

Monday, November 8, 2010

..Tazkirah Pagi...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dia lah jua yang maha pengampun lagi maha mengasihani"

[Al-Zumar 39:53]

Thursday, October 28, 2010

29 Oct 2010

29 Oct...
hari yg pernah jd cukup indah dalam hidup...
cukup indah...
hari yg pernah juga..kucuba lupakan...
tp ntah..makin ku cuba..makin ia menghantui..
hari yg pernah mengundang rasa takut..
takut tuk melalui hari2 ini tahun demi tahun..
hari yg sering terjadi perkara yg x ku ingini..

Tapi..
29Oct..
tetap dalam ingatan..
setiap yg berlaku...
setiap yg tertulis..
pd hr kejadian..
tetap ku ingat satu persatu...

29 Oct 2010..
urmmm..kn dah ckp..
pasti ade kejadian..
kul 7.15pg..
sampai opis..
park kereta..
alamak!!!!
langgar plak tiang parking...
aiiiyyyyoooo..ape dh jadi...
sedikit bengang..salah sndiri..
fokus sudah ilang...huuu..
My Luvy Duvy tergores sedikit..
uhukssss..soriiiii..
xmampu jaga anda dgn baik..

emosi sedikit terganggu..
moga hari2 yang dilalui akn bertambah baik..
insyaAllah...

..Tragedi Oktober..4 tahun sudah..akan adakah tahun ke-5 dan seterusnya..oh..sy tidak tahu..persoalan yg x pernah terungkai..NiNa..keep on praying=)

..jOdOH..




..wahai wanita..jangan kamu risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan..lirikan senyuman..pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita..yang meruntuhkan imannya..telah tercatat seungkap nama di Luh mahfuz untukmu..Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..Jika kau tetap di atas jalan yang diredhaiNya..InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama..

..Ya Allah..Jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..temukanlah kami dalam suasana yang penuh barakah..Jika dia bukan ditakdirkan milikku..damaikanlah hatiku..hatinya jua..dengan ketentuan yang sudah tersurat olehMu..

**************************************************

oh..kepala sangat pusing sbnrnya..bile mak kol..asek suruh kawen je..pastu ckp sy terlalu memilih laa..suke menolak laa..ckp sy terlalu jual mahal..adoiiii mak..mane ade..org yg nk dipilih pun xde..ahaksss..n lagi satu, kalau ati dh xleh nk terima..nk wat cmne mak...huuuu..doakan yg terbaek tuk anakmu...insyaAllah..1 fine day..mayb...
..keep on praying=)

Monday, October 25, 2010

Kerana Facebook...

Salam Semua...
Dah hampir setahun xmenjenguk blog..huu..
oleh sebab xpat nk berfesbuk kt opis..teringat pule kt blog nii...
tapi...no idea lah mau menulis..
urmm, ni pun baru pulang dr SMK Lajau..ceramah di sne..
*******************************************
Jom berkongsi cerita...
Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu,
kita berbeza supaya saling sayang menyayangi..
Sekian....