Friday, November 14, 2008

++kisAh sEmALAm++

"ada apa dengan semalam"...

emmmm.....ape yg best ye psl semalam?..
bgun pg..stadi..poya2 ngn tenet..termenung..berangan..
memang rutin ah tuu..aha..

emmmm..tghari..masak2..
nasi lemak+sambal sotong+bilis n kacang goreng+telur rebus +timun..
jangan lupe teh o sekali..hehe..memang best ah mkn..
tyme mkn ape lagi..gosip2 yg xtahan tuu..uhu~~
lps tuu topik 'pesan bonda' mnjd perbincangan hangat..
mcm2 ade..pesan ibu masing2..bestny share2 cite nii..
sy pon xketinggalan ah..hehe..


pesan mak yang sy xpenah lupe:
"lelaki dan perempuan bukan dijadikan untuk berkawan"..adeshhhh..mendalamnya pesan mak yang nii..hehe..ok mak..sy patuh..dan sy mengerti apa yang mak maksudkan..
mak berpesan lagi:
"ummm..nk kawen..calon cari sendiri laa..masing2 cr ye..mak ayah x masuk campur..tp jgn gedik2 dah ah..mak xske..batas agama..pergaulan..sendiri mau ingat"..woooowwww...lampu ijau..sedia jalan..ahahaha...aduyaiii..mak nii..org bg greenlight mak ayah cr kan, suh kiteorg cr sendiri plak..memang TAK ah nii..hehe..alamakny lambat laa mak dpt menantu..kihkihkih..jgn xkn dapat dah laa mak..huhuhu..(betul x my sis???..memang susah ah kan..aha..)..pesan yang nii sy susah sket nk patuh..xbape nk mampu je mcm..adakah?????".. hukhuk~~~~
mak dan ayah pesan..
eh2 masuk pesan ayah skali..xpe je..dua2 sy syg..ehe..pesan mak pesan ayah jua..
"kt mne2 pon..jaga diri baik2..maruah diri dan kuarga tuu penting..kite nii pempuan..jgn terlalu murah..ayah kate, kalo ade laki nak..cr ayah terus..ahahaha..lawak2..tp btol ckp ayah..kalo dia terus call n jumpa ayah, means dia betol2 ske kite..kan ayah..hehe..baiklah mak..baiklah ayah..nnt kalo ade, sy bitau 'dia'..aha..koya sungguh minah nii sorang..memang x ade ah..akakakakaaaa.."
lagi satu..bnyk juge pesan mak ayah nii ye:
"ayah xske kami adik beradik bergambar berdua ngn insan berlainan jantina..cm xmanis je..beramai2 xpe lg..ehe"..yep!! sy setuju ngn ayah..seboleh mungkin sy cuba mengelak..ehe..biarlah bergambar berdua dgn org yg sepatutny dn berhak, kan ayh..di hari bahgia kite..ahaha..koya lagi**...
emmmm..ape lg ea..dah ah..bnyk lg sebenarny..yg len tuu..biarlah jadi rahsia kami ank beranak..ahahaha..
Petang tuu..
stady2..same ngn fida n ida..
mcm2 cite kami bercerita..
part yg plg best cite psl 'makan + makanan'..
alamak!!!! kami lapar..jom MAKAN..
aha..

malam tuu...
call mak..memang best ah..sampai x sedar gelak besar..
even duk lam bilik pon..org kt luar leh dgr..
adushhh..malunye..sori ye kwn2..mak nii..lawak sgt..
tetiba topik kawen kuar..ahahah..
sy tau..mak sedang menduga sy..korek rahsia anak mak ea..
hahaha..xde pape rahsia ye mak..jgn riso..
bek mak tny kak n ila..jgn marah ye my sis cyg..
ke dah de org 'mintak' kami, mak..tyme mak plak gelak..ehe..
kalo ade pon, mak xkan memandai..berbalik pd pesan mak laa ktekan..
cr sendiri..ahaha..
borak..dan borak...gelak..dan gelak lagi..epiny sy..
tp..xsempat borak ngn ayah..ayah anta piya tuisyen..
adik awang syg pun dah tdo..kura2 dia jd atr bahan gelak kami..aha..
k irah..tahniah..epi ngn result akhir tahun dia..bgus2..
keep up ur gud effort..
smpai mak ngn k.piya terpaksa jd mangsa menghapal together2 sume subjek yek..

***thanks mak..untuk mlm yg best nii...kem slm sume ye(*_*)~~
sayang sy pd korang sume xkan pernah pudar..syg sy kerana Allah..syukran ya Allah di atas anugerah ini..hadirkan mereka sume dalam idupku..menambah ceria idupku***

alhamdulillah..hari yang seronok..
sy boleh tido ngn lena..
adakah sampai 'tersenyum' masa tdo?..
kihkih..udah2 la 'koya'lan anda..
realistik la skit cik kak oiii...



"Kau..sesungguhnya temanku di kala suka dan lara..
tika ku buntu..diselubungi sendu..
kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman"


Thursday, November 13, 2008

:::bEnGkOkNyA wAnitA:::

Bengkoknya Wanita
Oleh: KaZuDo
editor: NuurZaffan


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina.

"Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini...


"*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
************************************************


***Afiq...akak post kan artikel nii..khas tuk afiq tau..sebab dah janji kan..hehe..baca dan hayati ye..insyaAllah sedikit sebanyak leh menjawab persoalan afiq..lagu yang akak bg ari tuu pon..dengar2 selalu ye..dan..ingat: jaga 'wanita' leklok..jangan pernah sakiti wanita..kerna wanita itu sangat istimewa..cam afiq pernah kata: wanita teristimewa***



Hawa..
diciptakan daripada rusuk Adam..
bukan daripada kepalanya untuk dijunjung..
bukan daripada kakinya untuk dijadikan alas..
tetapi..
daripada sisinya untuk dijadikan teman hidup..
dekat dengan lengannya untuk dilindungi..
dekat dengan HATI nya untuk diCINTAI..

Wednesday, November 12, 2008

:::mEmOri itU:::

waaaahhhh....
selepas 2 hari laptop sy tersadai lesu atas katil nii...
akhirny..dapat lah sy poya2 ngn tenet lg..
hehe..paper farmako dah lps..
walaupun sedey (memang sedey ah) ngn farmako td..
kehadiran farmako memang leh wat idup sy sedikit muram (yeke???)..
haha..

tp sy perlu 'melupakan'...
melupakan farmako yg sememangnya menghantui sy (selama 1 sem)..
melupakan nama2 drugs yg membuatkan sy hampir2 mencari CNS drugs (tipu je..)..
melupakan mechanisme of action drug2 tuu yg membuatkan sy xlena tdo (xde sedative effect ke?..)
melupakan kepayahan sy tuk memahami+ menghafal sume bnda: SE, contraindication,indication dll..
sumeny membuatkn sy rse nk demam+batuk+sesak nafas (tp x smpai dry mouth,blurr vision,constipation lg)..
adakah sy perlukan paracetamol+antitussive+expectorant+antiasthma..
bnyknye..nnt kang side effect dia sape nk tanggung..haha..
tp ape pon..sy tau..sy puas..sbb sy dah berusaha..
baca, hapal n ulang2 notes tuuu xtau bape round dah..
so skng, mse sy tuk bertawakkal n berdoa pd Allah..


NiNa cyg..
~~skng kne msuk fasa melupakan..lupa seketika farmako tuu (jgn selamanya dah laa sbb ilmu sgt berguna..insap2)..TKP masih ada lg..perjalanan idup ini masih panjang..jangan memilih untuk terus berduka..sbb jika kita terus besedih, terus2an berduka..akan lebih banyak peluang untuk kita merasa gembira tercicir daripada genggaman~~

lps exam..ape lg..merewang ah kiteorg..hehe...
perkara yg best dan nikmat lam idup nii..akkaka..
g mcD..dan pling best xde sape2 yg leh sebut2 lg sal farmako..
kte tinggalkan ngn satu kesimpulan...
"org yg baca n stady all out farmako cm same je ngn yg stady bese2 je"
ish..xbagus2 pk cn2..hihi..


~~baiklah..sy xkn berputus asa..xkn berhenti berharap..sy letakkan pengharapan pd TKP dan bersandarkan pd Allah yg Satu..moga TKP membawa satu anjakan yg memberikan 'hanya bahgia' wat sy..dn kwn2.. InsyaAllah~

::hanya bahgia::lupakan memori itu::

Tuesday, November 11, 2008

wanita ibarat rama2..

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kene jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya. Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari kita apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia tidak akan dipedulikan lagi apabila corak dan warnanya mulai pudar. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, dan harga wanita terletak pada maruah dan harga dirinya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan kehidupnya. Ia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang telah mengikatnya itu. Tiada sesiapa yang mempedulikanya sepanjang ia berada di dalam kepompong, dan ia lebih dibenci tatkala ia menjadi ulat. Ia terpaksa menempuh pelbagai kesulitan hidup untuk bergelar rama-rama. Terpaksa melalui pelbagai kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan, akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang indah. Rama-rama adalah contoh terbaik untuk wanita sedar betapa bernilainya kehidupan ini.

Sewaktu dipuja, usahlah terlalu mabuk sebaliknya kenanglah kehidupan ketika susah dahulu. Sewaktu kita digoda, dihambat dan dirayu, usahlah terlalu mudah menyerah. Ingatlah mereka yang telah bersusah payah untuk memastikan kita dapat bangkit sebagai seorang manusia yang sempurna pada hari ini. Kemunculan kita adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang diabadikan di dalam bingkai gambar. Indah dipandang tetapi hidupnya sia-sia. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Memelihara kehormatan diri adalah hak seorang wanita. Wanita akan terus berada di tempat paling mulia sekiranya kehormatan dan maruahnya terus dipelihara. Wanita akan kehilangan seluruh masa depannya sekiranya tidak mempedulikan kehormatan dirinya.

Jika rama-rama mengetahui akan kecantikan dirinya yang sentiasa memukau penglihatan manusia, ia tentu tidak akan sewenang-sewenangnya terbang ke sana sini. Rama-rama sentiasa terdedah pada bahaya setiap kali ia mengibarkan sayapnya. Namun, rama-rama tidak pernah mengetahui keindahan yang ada pada dirinya sentiasa menjadi sasaran manusia. Wanita yang tidak mengetahui bahawa keindahan dirinya sentiasa menjadi sasaran lelaki perosak adalah ibarat rama-rama yang tidak menyedari akan bahaya yang sentiasa menanti.

Tingkatkan harga diri kita sebagai seorang wanita. Semakin sukar wanita dimiliki semakin mahal nilai wanita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki wanita tetapi tidak mahu setia, apalagi memelihara dan melindungi wanita.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita sebagai seorang wanita. Setelah warna-warna itu hilang, kita akan dibiarkan dan disisihkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri.Kita akan lebih dihormati.

Nilai seorang wanita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi terletak pada berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Jika kita masih tidak menemuinya, anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Tuesday, November 4, 2008

~~Mcm Bz Je Rase..Koya2~~

bape ari dah x meng 'up date' blog..
bape ari dah x menjenguk blog..
huhuhu...rinduuu my blog..hehe..
bz nye rse..hee~~~
maklumlah kne g kursus 5 hari..
3hb hingga 7hb nii..
huhu..dah laa hotel xdpt wireless..
sedih sungguh sy..
rindu nk ym..rindu nk bloggim2..
emm..tp de hikmah gak..
leh stady sket2..hehe..

alhamdulillah..
best lah kursus nii..
bnyk input sy dpt..
thanks dr zahara..syg dr..mmmuuuaaaahhh...
ehh..ok lah..
nk kne balik hotel nii..
baru 2 hari kursus..ade 3 hari lg..
nii pon balik kolej jap cz nk kne amek brg..
huhuhu...



*****nanti2 sy balik dr kursus sy cite2 eh..
pnglmn2 yg best..ngeee~~*****

Saturday, November 1, 2008

"""TidAk kU bErSuArA""'

emmm..
sume org bgun arii nii lam keadaan gumbira..
bgun dgn satu azam yg baru..huhu..tp sy?....
ntahlah..tetibe rse 'down' semcm je..
tp..sy tau..kne kuatkan diri gak..kne tabahkn ati..

mak slalu ckp..
"ape2 pn yg berlaku..kte msh ade Allah..snts ngn kite..susah..senang kite..Allah je yg tau..pe yg kte rse..dan..pe yg terbaek tuk kite..xperlu laa kite mncr cari tempat luahan..mereka xkn paham..sbb mereka x rse ape yg kite rse..mereka hny mampu memandang dgn penuh simpati..namun, kdg2 kite x perlukan simpati org..simpati kadangkala membuatkan kite lebih lemah..mengadulah pd yg sepatutny iaitu ALLAH"


arii nii tlg ajlaa collect data..
ngn aida, jannah, fai2 n nazri...
sy belajar sesuatu yg bru..
bile tgk budak2 tuu..budak khas cacat pendengaran..
timbul rse kesian..rse insaf..
xdpt sy bayangkan cane idup tanpa mendengar suara..
kehidupan tanpa dapat mengutarakan kata..
bagaimana mampu luahkan ape yg dirse..
yg ade..sekadar bahasa isyarat sebagai medium komunikasi..
apelah sgt bahasa isyarat yg kdg2 maksud sepenuhny..mksud setepatny x kesampaian..
tapi kite..yg ditakdirkan lahir sbg insan yg normal..tiada cacat cela..
masih terkapai2..mncari apa erti kesyukuran..
ya Allah..biarlah kami antara hamba2Mu yg tetap bersyukur dgn rahmat kurniaanMu..

**batuk2 lg..sesak2 nafas..selsema..sakit tekak..msih x ilang lg..
tp sy perlu sabar ngn ujian Allah nii..
bak kte jannah.."sabar ye nina"..huhu..

otw balik dr shah alam..
diorang bincang2 sal plan jalan2 next sem..
sonoknye topik..tp maaf ye kwn2..
tidak ku bersuara..
sy x mampu nk join discussion korang..
xlarat sgt2 td..badan rse panas sgt2 kt dlm..huhu..
topik cite2 hantu pon best..sy ske sgt2 nih..
setuju ngn fai2..Jgn pndg belakang xbest ah..
hantu dia xbnyk ngat..hehe..
kekasihku seru best..setuju lg ngn fai2..
episod awal2 mmg bnyk ngat antu..
mmg best ah..bkn senang2 nk reka watak hantu yg pelbagai nii..hehe..

emm..mls dah nk menaip..stady farmako lom abes lg nii..
sila stady ye cik nina..hehe..


*****Ujian Allah adalah satu imtihan untuk hamba2Nya..satu tarbiyyah agar kesabaran yg unggul terbentuk..sesungguhnya sabar itu cukup indah..kerana..percaturan Allah sememangnya indah..musibah yg datang petanda sayang Allah..supaya kita snts dekat denganNya..jgn pernah merungut..dan..jgn menghukum diri sndr lg..terima kesilapan lalu dgn redha*****

^^HiDuP tErLALu SiNgkAt uNtUk mEmbEnCi^^

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (my pebret author)..
Editor : NuurZaffan



Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.




Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.





Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"


Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.


Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!




Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"



Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.






Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

****************************************************



*****Hidup terlalu singkat untuk membenci...Hidup telalu singkat untuk berduka..Hidup terlalu singkat untuk merasa kecewa..Hidup juga terlalu singkat untuk terus2an berputus asa..Namun..Hidup juga terlalu singkat untuk sentiasa merasai bahgia..Hiduplah dengan penuh kesederhanaan..*****