Thursday, November 20, 2008

...sAntAi...

1) What is your shoutout?
Kt frenster:
"Kau sesungguhnya..temanku di kala suka dan lara..tika ku buntu..diselubungi sendu..kau tiupkan ketabahan..untuk ku ukir senyuman..bagaikan embun hilang di terbit fajar"

2) Where is your cell phone?
satu kt tepi mouse nii..satu lg kt ats printer tuu..

3) How many comments do you have?
ntah..xperasan..lgpon bnyk yg dah delete..huhu..

4) Are you happy today?
epi sbb g PDK jumpa budak2 tuu..besh2..nyanyi2 ngn diorang..tp lps tuu sedey sbb fida dh balik..sy xdpt balik pown..sume org balik..esk aida lak..sian sy..sorang2..isk..isk..isk..

5) Someone with the same birthday as you?
my coursemate, Nazri..n..mak wani..ni je yg sy tau stakat nii..huhu..

6) Are you mean?
............

7) Have you ever sang in front of a large audience?
mse tadika n skolah rendah pernah ah..skang x..aurat2..huhu..

8) Has anyone ever said you looked like a celebrity?
ade..tyme matrik luu..dak laki praktikum sy kate sy mcm...dah laa dpn klas tyme perkenalkan diri..sume org dgr..wat malu jep..bencii..sbb jauh panggang dr api kot..haha..

9) Current song you're listening to?
Cinta itu membunuhku..ape ntah tjuknye..btol la tu kot..huhu..

10) Is your birthday on a holiday?
umm..taun nii same ngn raya aji kot..

11) Have you ever been rushed to the emergency room?
ade..mse kecik2..asthma..n mse matrik..yg suspect denggi..

12) Last 3 Persons who texted you.
akak..dia..dan 'org itu'..

13) Talk on the phone..
mak syg..

14) Hugged.
family..frens n kids..

15) Person you text messaged
baru je ngn akak td..

16) Last song you heard?
ayat2 cinta..

17) What are you doing right now?
makan..minum..termenung..berfikir..type bnda nii..hehe..

18) Tonight
ym mesti..blog perlu..n..tesis2 thing nii..hukhuk~~

19) Wearing.
baju laa..spek..gelang..jam..ape lg ye..ape2 jela yg leh dipakai..huhu..

20) What did you have for lunch?
sedey..xde ape2 pown yg leh di msk kt dapur..huhu..masak maggi jelah..konon2 nk suh nmpk berkhasiat sket, tmbah laa carrot yg secoet kt lam peti tuu (vit A laa kononnye) + cili padi + bawang (flavonol ke?..lupe dah) + telur yg best sokmo2 (protein laa eyh)..

TOMORROW:

21) Got any plans?
ntah..kalo akak dtg..jenjalan laa kami ngn gumbira..lame x g mid..teringin gase..hehe..

22) Dislikes about tomorrow
kalo akak tetibe kene keje sok..x jd laa datang jenguk sy, sensorang laa sy kt sini..melayan kesepian nii..huuu~~

CURRENTLY:

23) Thinking about someone.
yup..

24) Missing someone.
really2..missim..huhu..

25) Current mood.
perasaan yg bercampur baur..xske ah cm gni..nk kate epi..xjugak..nk kate sedey..xjugak..ntah..yg pasti 1 rase yg x besh..

26) Wanting.
kejayaan, kebahgiaan n keredhaan..dunia n akhirat..bersama2 ngn org2 yg saya syg..

27) Are you listening to music?
xselalu..tgk mood..n tgk lagu gak..sy ske lagu yg konon2 nye cm ade kaitan je ngn idup sy..ahaha..koya2..

28) What were you doing at noon today?
tlg fida collect data..kol 12 lebey dah leh balik dah..

29) Has anyone ever sang or played music for you personally?
ermm..ade ke ea..haha..lucu2..

30) Ever wanted to be a teacher
yupppp..ske nk ngajar budak2..huhu..tadika pn best kot..hehe..

31) Forgive people?
yup..owez do..sape kita xnk memaafkan kesilapan org len..Allah & Rasul pon maafkn umat..ni kan kite..lgpon, sume org pernah wat silap..so, try la bg peluang tuk mereka berubah..huhu..

32) What do your cousins call you?
sy punya mcm2 nama..

33) Has anyone ever told you they like you?
ade je..tp mls nk layan (kalo laki)..kalo pempuan..hanya mampu tersenyum..haha..

34) Name one cute celebrity.
ade ke yg cute2..haha

35) Who do you like to spend your days with?
my family+my frens..books..my diary..YM..my blog(who?? tlg mnjawab soklan ye nina)..haha..

36) Favorite ice-cream?
choc..yam..sedapny..sape janji nk banje sy eskrem ri tu?..ade 2 org..elok ah tuu..sorang bg choc flav n sorang bg yam punye..yummmyyyy...sy kena tuntut janjii neyh..haha..

37)) Do you believe that everything happens for a reason?
yup..really..stp yg berlaku pasti ade hikmahnye..tersendiri..jgn pernah merungut..

38) Do you fall for people easily?
tidak mungkin..bkn senang tuu..ngee~~

'Kenapa Kesakitan & Penderitaan itu Wujud'

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.' ''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYA BARBER JUGAK TIDAK WUJUD?''..

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''..KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN. ''

Wednesday, November 19, 2008

:::Hanya Kerana Allah:::

Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah
oleh : hidayahislamic

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.




Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.

Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.


Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.





Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.


Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.


I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.


Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.


Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.



Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Tuesday, November 18, 2008

"K!S@H C!NT@ !TU"

~ada apa dengan cinta~


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



***Leh percaya ke sume nii..hehe..ape2 pown..sayangi dan cintai diri sendiri dulu sebelum mengalihkan rase sayang dan cinta tersebut pada orang lain..dan..yang paling penting..carilah cinta ALLAH..Pencipta rasa CINTA..sebab..CINTA ALLAH..CINTA yang tidak pernah dan tidak akan mengecewakan***





::ALLAH..The Almighty..I always LOVE U..cause YOU are the ONLY TRUE LOVER in this life..&..NOBODY could LOVE me like YOU do..YOU are the EVERLASTING LOVE::

..::T!dAk tErUnGkAp::.

Buhsan nye mlm nii..xtau nk wat pe laa..nk tdo pown..mata xmo 'katup'..ati nii asek teringat umah je mcm..nak baaaallliiiikkkk...balik raya dulu jep..dah lme x balik..huhu..sok jannah dah balik ganu..ida ngn eni pown cm balik sok gak je..aida pown dah nk balik gak..sy ngn fid jelah..tinggal je sini..meneruskan perjuangan tesis nii.. ntah bile akn berakhir..sedeynye gase..

ummm..riso nye ngn tesis nii..collect data x abes2 lg..nnt2 nk kne analyze plak..yg paling debaunye..kne cr PDK ln..subjek xbape nk cukup je mcm..huhu..xpelah..chaiyyo2..setiap yg bermula pasti ade akhirnya..
Moga dipermudahkn Allah sumeny..

emmm..nk share cite ah..sbb buhsan..


" Sayang & Cinta tidak boleh diungkap"..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai pasangan masing-masing. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata: "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu... . sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.


.::Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia ini tidak boleh dilihat..tidak boleh dipegang..Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati::.

Sunday, November 16, 2008

"Janji Mentari"


Bagaikan pungguk rindukan bulan..tapi bulan x jugak jatuh ke riba..hee~~
Bagaikan hidupan menanti mentari (eh..peribahasa bru ke?..hehe..memang TAK ah).. Mentari tetap tunaikan janji..Hadir jua selepas kepekatan malam kelam..



Huhu..
semalaman x tido nii..nak kte stady dengan hebatny..mcm x je..memang x pon..
nk kte x stady pon..abes gak notes KANSER + DIABETES nii..untuk kali ke bape ye?..huhu..
cuba tuk memahami..menghapal..hapal lagi..paham lagi..hapal..terus hapal..adesh!!!






haaaa?...dah 5.30 pg dah?..(wat2 terkejut..hehe)..


Kedengaran alunan bacaan 'warkah Pencipta' sayup2 dari Masjid Kampung Baru...alangkah damainya hati..alangkah tenangnya jiwa..Azan subuh berkumandang..mengejutkan insan2 yang lena diulit mimpi.. Takbir diangkat..solat ditunai..iringan doa tidak dilupa..Alhamdulillah..punyai peluang untuk turut sama mengaminkan..Amiin..Sejurus selepas itu, alunan zikir pula kedengaran.. merdu sekali..memuji2 kebesaran Allah..Tuhan sekalian alam..perlahan-lahan menyusup masuk pintu Qalbii ku..Tidak ketinggalan..dendangan Surah Yaasin memecah kesunyian pagi.. Ku tolak dan ku kuakkan sliding door..langsir diselak seluasnya.. Saujana mata memandang..SubhanaAllah..cantiknya suasana pagi..Fajar siddiq mula mengufuk..setia menggantikan malam kelam..Bayu lembut bertiup seayunya..desiran nyaman berebut-rebut menyapaku..terasa segar sekali..Tatkala itu..terpegun aku dengan kalimah Allah.."Kun Fayakuun"..dari ayat 82 Surah Yaasin..bacaan imam masjid.."Jadilah!"..maka terjadilah ia..Maha Berkuasa nya Allah dalam menjadikan dan menentukan sesuatu buat ciptaanNya..Allahuakbar!!!



Penatnya mata..ngadap notes2 nii..lenguhnya tangan..wat2 nota ringkas..emm..bukak TV ah jap..tgk TV9..dekat di hati..ehe..rancangan Muqaddimah (kalo xsilap)..ustaz cerita psl kegawatan di zaman Rasulullah..Bijaknya Rasulullah menangani krisis gawat tersebut..kagum sekali sy..huhu.."Rasulullah..ku ukir namamu indah di hatiku..tak kan ku biarkan sesiapa menggantikan tempat mu di hatiku"..pastu tgk Nasi Lemak Kopi O (sedapnya ns lemak..hee~~)..lucu tgk Aiman n chichi yg akademi nasyid tuu men bola..sbb kne pkai kain pelikat..lawak2..ehhh..mata nii cm nk ter'katup' jee..jom TIDO..kol 8.30 pagi dah..semalamanku..tanpa lena..huhu..

***zzzzzzzzzzz..tdo..tdo..dan terus tdo..uhh..dkt kol 12 dah..wakeup2..x bagus betoii laa ank dara nii..huhu..udah2 laa tdo tuu..mandi manda plak..baju sedang menunggu untuk dicuci***

Masa untuk 'mengglamerkan' sume org..x ketinggalan sy sekali..ngeee~~

Tengahari..FIDA goreng ayam..ayam goreng yg salut tepung tuu (my pebret..eh..xperlu dinyatakan kot cz sumeny pebret2 sy..aha..sume ske je)..disebabkan sy ske laa k.pidah goreng..memang YA ah sy rse..kihkih..nasi..sape msk ye..sayur smlm sape plak yg panaskan ye..sori kwn2..sy terlambat msuk dapur..so xtau..hehe..disebabkan adanya ayam goreng yg best tuu..maka SAYA dengan nekadnya 'menumbuk' cili2 padi..ngn bawang yg dikupas oleh JANNAH..ape lg..nk wat kicap pedas pebret sume org laa..hehe..yummy.. Kami makan dengan gumbira..sambil nonton MELODI yang hangat..ENI xde..balik umah..

Sambung lg perjuangan yg belum selesai..stady..stady..dan terus stady.. petang tuu.. hujan pun turun ngn agak lebatny..kilat..guruh..petir..sabung menyabung..nk luruh jantung sy..nk tercabut rse kepala lutut nii sbb agak terkejut..kuat ngat guruh..huhu..kami..AIDA..IDA n SAYA..memandang each other..sume muka takut..FIDA ngn JANNAH telah lama selamat beradu..hehe..kemudian tanpa ragu2 lagi 'kekasihku seru' maen peranan..ape lg kalo bukan katil yg cmbest tuu..aduyaaiii..tergoda lg..stady baring2..memang selamat ah ke alam mimpi..hihi..

Petang..bangkit dr tdo..termenung sejenak..adeshhh..mimpi td..hish..ade ke patut mimpi psl Norman ngn Abby..aduyaiii..memang menghantui idup sy laa sebenarny kes diorang nii..kadang2 takut ngn alam perkahwinan nii..kecewa tuu ade di mana2 je kan..dtg dr pelbagai penjuru..pelbagai cara..SAYA mimpi Norman tuu cr Abby balik..dengan muka agak sedey.. mencari2 Abby..dah laa jln kaki je mencariny..memang sadis ah..huhu..tapi..xjumpa gak Abby cz Abby dah pindah..jauh..bawa diri..xtau ke mana..teringat plak my SIS penah komen psl kes diorang nii: Sekali terluka...selamanya terasa..even dapat memaafkan.. melupakan x sekali..yupp..sy setuju.. MAK plak ckp: lelaki..kalo kte nii dah xde lagi kt hati dia..wat laa mcm2 mne pon..x jadi jugak..huhu..betol..betol..betol..tahun 2008.. sindrom perceraian ke?..FIDA bersuara lagi..hehe..

Masak2..makan malam..wat mee hoon goreng..IDA kupas bawang..tumbuk2..SAYA potong kubis n sawi..K.pidah masak mee..SAYA tolong2 kacau mee..JANNAH goreng keropok..SAYA tolong2 gak..haha..membantuny SAYA..memang YA ah..hihi..sindrom PERASAN DIRI yg semakin hebat berjangkit.. SAYA masak air..wat teh O..JANNAH, "mintak tolong rse, sbb IDA x ske manis,"..sy ske manis..treshold masing2..hehe..waaaahhh..teh O nii SAYA dedicate kn khas buat SA'IDA MUNIRA yg gemarkan teh O kurang manis..betol..x tipu nii..kalo SAYA wat air..mst teringat IDA..ye ah..kot2 nnt IDA xleh minum sbb manis..hehe.. Tyme to eat..makan ngn gumbira..gelak2..sebab isu "INSAN TERPILIH" mnjdi topik pilihan..hehe..mcm2 laa kita nii kn..lucu je..last2 AIDA telah terpilih untuk mencuci pinggan..hee~~~

Malam ini..sambung stady lg..stady..stady..selang seli ngn gelak..ditambah lagi ngn AIDA yg agak2 pelik hari ini..kami pon naek hairan..hehe..FID, "kelapa dan orkid..saya nak balik duit saya"..haha.. tetiba JANNAH bersuara, "FID, awk nk pkai x selendang mlm ni?"..SAYA memandang JANNAH ngn rse agak pelik..JANNAH nii demam ke..selendang JANNAH dh ade kt badan..nk kne pkai dua kot..sejuk sgt agkny..huhu..rupa2nya.."Nk pinjam sebab nk tutup cermin nii"..hahhahaaha..kami sume gelak besar...kesian AIDA..terkena lg..xpe2..kami bg can laa kt AIDA mlm nii..xmo tutup2 cermin ngn selendang..haha..silalah tengok 'cermin ajaib' itu..hehe..IDA pulak membongkar rahsia nama sebenar Lydiawati iaitu......kami gelak besar lagi..kesian JANNAH..gelak2 sampai naek pening..hehe..xpe2..nnt2 dpt eskrem ye..teettt..

emmm..nk glamer kan sape lg ye..hehe..haaaa...mlm tuu..ym ngn K.SAL..K.SAL kate dia rindu SAYA..lme xborak2 ngn SAYA..waaahhh..SAYA memang patut dirindui laa nii..hehe..memang YA ah..sbb tiap kali ym..K SAL mst rindu SAYA..SAYA pn rindu K SAL gak ye..huhu..ym ngn MUZI..sian MUZI..got problem...sabar ye.. emm..lagi ym ngn ABG NAN..sama2 mengimbau alam persekolahan luu..memang best ah nii..revise words arab luu..hehe..banyak lupe daa..sedey jep..cite sal warden..kehidupan asrama..suasana skolah agama..baru sy tau ABG NAN dak skolah agama rupeny..pastu ym ngn HASNAN..pasl gambar vespa dia..agk2 ade romantika value ah vespa tuu..haha..lucu2.. pastu dpt msj ym dr AJLAA..psl hadis Rasulullah tuu..same cm yg NAZRI bg semalam..waaaahhhh...sume org berjaya di'glamer'kan oleh sy nmpknye..ahahhaha..

haa..nk share sms..kol 00:58:29..17 Nov 2008..sy dpt sms nii..thnks pd yg bagi..

"Dari Ibnu Umar r.a bahwa Nabi SAW pernah ditanya: Siapakah org yang bijak wahai Nabi?..Nabi menjwb: Org yg paling bijak ialah org yang paling banyak mengingati mati & paling bersedia hadapinya..Hadis riwayat Ibnu Majjah"..

Moga kita semua tergolang dalam golangan yang bijak seperti sabda Nabi SAW..amiin..

hurmmm..ok lah..nk stop dah..kol 4.20 pagi dah..sume dah diulit mimpi..syoknye..tp..sy perlu stady..bnyk agi xhapal nii..huhu..lps exm sambung lg bloggim2..hehe..

***Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji mentari yang akan muncul esoknya..Dan ingatlah fajar merah di ufuk timur tidak pernah berjanji untuk muncul di ufuk barat..Begitu juga dengan esok..Esok tetap ada, tapi ia tidak pernah menjanjikan bahgia dan kecewa kepada sesiapa***



Saturday, November 15, 2008

::Hatiku Berbicara::

""MENCAR! PENGERTIAN HAT!""
Mengapa...
Persoalan yang tak kan bisa ku temui jawapannya...
Penat...jerih...perih...
Mindaku ligat berpusing...
Mencari satu pengertian...
Pengertian yang aku sendiri tidak pasti...
Bilakah ianya akan bererti...
Mengapa...
Persoalan yang tak kan ada jawapannya...
Sakit...pilu...sayu...
Hati ini tetap cuba menduga semampunya...
Merungkai segala persoalan yang bertandang...
Namun...Seperti musim-musim lalu...
Hati ini gagal jua menduga...
Mengapa...
Persoalan itu menjengah kembali...
Mengetuk-ngetuk mindaku...
Menguak-nguak jendela hatiku...
Bisakah persoalan itu...
Membawa pergi semangat diri...
Menghanyut arus kekuatan jiwa...
Sekaligus memudarkan rasa hati ini...
Kekadang...
Aku terasa seperti hilang arah...
Hilang dalam dunia rekaan sendiri...
Rekaan fantasi yang aku sendiri belum mengerti...
Jua tidak pasti untung nasibnya...
Akan lumpuhkah semangat...
yang pernah wujud suatu ketika dulu?...
Akan robohkah konkrit-konkrit kekuatan...
yang pernah dibina suatu ketika dulu?...
Akan matikah rasa hati ini...
yang pernah hadir suatu masa dulu?...
Ah...tidak barangkali...
Tidak akan ku biarkan...
Persoalan lalu terusan mencengkam kedamaian hati...
Tidak akan ku biarkan...
Persoalan ini terus mengganggu ketenangan jiwa...
Tak kan ku biarkan...
Persoalan itu terusan membelenggu diri..
Suara itu hebat menyanggah...
Persoalan demi persoalan...
Akhirnya...
Hati kecilku mengangguk setuju...
Minda warasku turut sama menyokong...
Jiwa nuraniku tidak ketinggalan mengiyakan...
Mungkinkah...
...Bahgia itu milikku jua...
::Nien@khairina::Nukilan Rasa::Jumaat::14 November 2008::
***************************************************
*********************************************
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahiim...
Belas ihsan Mu kudambakan...
Pertolangan Mu kuharapkan...
Kurniakan aku hati yang tenang...
Setenang air di kali bendang...
Berikanlah aku jiwa yang damai...
Sedamai desir bayu pagi...
Anugerahkan aku hidup yang riang bahgia...
Seriang kicauan burung di rimba...
Amiin..Ya Rabbal 'Aalamiin...