Thursday, November 25, 2010

Cuti..

salam...
seronoks nyess esok dpt bercuti...sampai isnin..
nk jln puas2 di KK..sambil2 baby sit Fatin Qarmeela yg cute..
oh terasa seronoks...jiwa sudah berbunga riang=)

sekian..dh dekat pukul 5..mau balik sudah..
[mlm nii ade org nk banje mkn2 kt deepsea..nk pau bnyk2 lh..ehe]~~

Sunday, November 21, 2010

,,,Salam,,,

..Ku sampaikan salam penuh kerinduan..bersama desir angin lalu..agar bisa sampainya..dan rasa itu..turut hadir dalam hati2 mereka..mereka yg teramat dirindui..

~missim them..so badly..uhukssss..

Thursday, November 18, 2010

rindu + sayang =????

..merinduimu amat menyakitkan..
..melepaskanmu amat merugikan..
..membencimu amat menyedihkan..
..menyayangimu amat membahagiakan..

Past..Present..n Future..

..its not going to be easy to deal with the past and live the present..and..fighting for the future..
sekian..

Monday, November 8, 2010

..Tazkirah Pagi...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dia lah jua yang maha pengampun lagi maha mengasihani"

[Al-Zumar 39:53]

Thursday, October 28, 2010

29 Oct 2010

29 Oct...
hari yg pernah jd cukup indah dalam hidup...
cukup indah...
hari yg pernah juga..kucuba lupakan...
tp ntah..makin ku cuba..makin ia menghantui..
hari yg pernah mengundang rasa takut..
takut tuk melalui hari2 ini tahun demi tahun..
hari yg sering terjadi perkara yg x ku ingini..

Tapi..
29Oct..
tetap dalam ingatan..
setiap yg berlaku...
setiap yg tertulis..
pd hr kejadian..
tetap ku ingat satu persatu...

29 Oct 2010..
urmmm..kn dah ckp..
pasti ade kejadian..
kul 7.15pg..
sampai opis..
park kereta..
alamak!!!!
langgar plak tiang parking...
aiiiyyyyoooo..ape dh jadi...
sedikit bengang..salah sndiri..
fokus sudah ilang...huuu..
My Luvy Duvy tergores sedikit..
uhukssss..soriiiii..
xmampu jaga anda dgn baik..

emosi sedikit terganggu..
moga hari2 yang dilalui akn bertambah baik..
insyaAllah...

..Tragedi Oktober..4 tahun sudah..akan adakah tahun ke-5 dan seterusnya..oh..sy tidak tahu..persoalan yg x pernah terungkai..NiNa..keep on praying=)

..jOdOH..




..wahai wanita..jangan kamu risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan..lirikan senyuman..pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita..yang meruntuhkan imannya..telah tercatat seungkap nama di Luh mahfuz untukmu..Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..Jika kau tetap di atas jalan yang diredhaiNya..InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama..

..Ya Allah..Jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..temukanlah kami dalam suasana yang penuh barakah..Jika dia bukan ditakdirkan milikku..damaikanlah hatiku..hatinya jua..dengan ketentuan yang sudah tersurat olehMu..

**************************************************

oh..kepala sangat pusing sbnrnya..bile mak kol..asek suruh kawen je..pastu ckp sy terlalu memilih laa..suke menolak laa..ckp sy terlalu jual mahal..adoiiii mak..mane ade..org yg nk dipilih pun xde..ahaksss..n lagi satu, kalau ati dh xleh nk terima..nk wat cmne mak...huuuu..doakan yg terbaek tuk anakmu...insyaAllah..1 fine day..mayb...
..keep on praying=)

Monday, October 25, 2010

Kerana Facebook...

Salam Semua...
Dah hampir setahun xmenjenguk blog..huu..
oleh sebab xpat nk berfesbuk kt opis..teringat pule kt blog nii...
tapi...no idea lah mau menulis..
urmm, ni pun baru pulang dr SMK Lajau..ceramah di sne..
*******************************************
Jom berkongsi cerita...
Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu,
kita berbeza supaya saling sayang menyayangi..
Sekian....

Thursday, October 29, 2009

''Hari Ini..Menjengah Lagi''

Pagi..bangun dgn mood yg xde..ilang ntah ke mane..tertinggal lam mimpi kot..huu..mls nye nk bangun..umm..gi keje..pun xde mood..seb bek anjing x kaco rini..if wat hal, ade yg kne campak ngn payung nnt..so pliz..anjing2..jgn suke2 je kaco org yg xde mood nii~~

Masuk opis..K Lin xde rini..sorang2 laa kt bilik..huu..lagi laa xde mood..klinik pun xde ri ni..nk wat pe nii?? (bajet cm xde keje je..padahal keje yg menanti tuu bila nk settle..aiiiyyaa)~~ sila siapkan modul kursus breastfeeding 20hour tu yek..4hb nii kak Faza dh nk guna kt SPT..ok lah..sy sambung wt keje even xde mood=(

Umm..m.cik masuk bilik, nk sapu n mop lantai..borak2 ngn m.cik..hehe..bilik 'jejaka2' sebelah sne sepah2 lagi..m.cik ngadu sambil gelak2..hahaha..m.cik kate mereka 'ganas'..hihihi..sian sungguh m.cik..tiap ari ngadu kt sy..xpe m.cik..ilek2 sudeyh..diorang memang..hahaha..tp diorang sume bek ati lah m.cik..

Sister call..got problem ngn support grup breastfeeding tuu..xdapat hadir kursus..keje..lgpun kt seberang..susah nk pi..dussshh..cane nii..mereka perlu hadir laa..tp xkan nk paksa2 lak..aiihh..bikin kepala ku pusing2 lg nii..5-6hb nii kursus tuu..

SN Sucila plak call..gtau 4hb nii talk kt SK Kg Jawa cancel..so kne cr tarikh lain..either 11hb or 12hb..ishhh..11hb got clinic laa..Kaunseling kt KK Bukit Jambul..oh..serabut pula rase..nnt laa sy diskas ngn K Lin..10-12 pun ade Kursus PSI kt HPP..mne nk selit nii..jadual full ah..aiiiiyaaakk... knape sume bnda jd xbtol rini..ahh~~

Emosi sedikit terganggu..Lagu2 kt radio nii pon..cm x memberangsangkan je..sume bikin i serabut nii..cm serba x kena je rse..haa..kpd insan yg duty jaga radio ri ni, sila tukar stesen yg best sket boleh?? (mcm laa mereka dgr..mereka kt tingkat bwh ok)~~umm..bek sy off je speaker volume nii...tenang sket rse..tapi..cm sunyi pule..xde bunyi pape..on laptop..dgr nasyid jelah=)

Buhsannye..termenung..termenung lg..layan jiwa..oh..teringat pula kes bape ari lepas..ada sorang akak nii..staff klinik..memang baek pon ngn dia..salu je borak2 if sy kt klinik..tetiba akak nii tny soklan maut kt sy..dh kawen ke blom..(xtau laa kakak nii dh jd org ke bape yg tny..huu..buhsan n xsuke ngn soklan spesies cengginii..tlg laa)~~ pastu sy geleng2 kpala..tanya lg..dah tunang ke blom?..sambil mata merenung jari sy...cr cincin ke akak?..huu..cincin ilang laa mse kursus kt Sg Petani baru nii..emm..sy geleng2 lagi..tetiba..akak tuu ckp 'nk masuk minang nii..untuk anak buah akak..haa..nnt nina leh laa jd ank buah akak'..aiiyyooo..bulat mata sy..kakak bia btol..jgn wat lawak antarabangsa lak kt sini..huu..akak tuu sambung agi..'ke nina dah ade pak we?'..errkkk..pak we..alamak..nk jwb ape nii..xmo2..last2 sy tolak cm 2 je..sy langsung x b'minat nk tanya pape..mmg sungguh2 sy xnak..nk knal2 kan pon sy xnk akak..akak tuu diam jek..terus terdiam..terase ati ke sy tolak kehendak dia..maaf akak..sy bknlh org yg terbaik nk jd ank buah akak..akak cr org len ye..huu..kt sini kn ramai lg staff2 yg single2..sy xbersedia laa tuk sume nii..dn hati sy pun dh 'kering' kot..xde rse nk knal sape2 lg wat mse nii..umm..mawar memang dh bangkit..tp bangkitnya mawar bukan tuk tujuan tuu..huu..mls lyn..mls pk...sila cr org laen..

Tapi..nape..pg td..sampai je opis..kt bwh tuu..nmpk akak nii..even xde mood, sy paksakan jugak tuk senyum..tp...akak tu xbalas pun senyuman sy..huuu..akak kecik ati ngn sy ke?..sy tolak mentah2 pelawaan dia..errmm..xpelah..positifkan diri..akak tu xperasan sy kot..dia kn tengah borak2 ngn nurse td..huu..positif2..tapi..sy rse..dia nmpk lh sy td..nape x senyum kt sy..nape xtegur sy..aiitt..nina..sila positif ok..akak tu xperasan laa..huuu..ok lah~~

Geramnya..tengahari balik umah..budak2..ank2 cino tuu..maen2 ngn ank2 anjing..siap bwk gi playground agi..abes laa kami nnt..bnyk nye ank anjing..dekat 10 ekor..mcm2 pesen kaler..huu..MPPP cpt laa meh tangkap anjing2 nii b4 diorang bg pakai rantai tuu..nnt xsenang kami nk gi keje..bape kali nk kne call MPPP nii..ish..ish..

umm..bosannye..ari yg membosankn..serabut kpale..mcm2 pk..mcm2 menjengah ingatan..cpt laa mse berlalu..cpt laa pukul 5..mau balik..mau tdo..lupekan sume mslh yg bersarang...waaaaaaaa..29 Oct..huuuuu..

..Cepat laa masa berlalu..pergi bersama kenangan lalu...


Wednesday, October 28, 2009

'''mAwAr itU'''

Suatu ketika

Mawar itu
Indah dipandang
Harum dihidu
Hanya dari kejauhan
Terlihat mekar sekali
Terpandang kesegaran yang tersembunyi
Embun terpancar dek sinaran mentari
Menambah keindahan...kesegaran
Si Mawar berduri

Namun
Yang indah itu hanya sementara
Di mana silapnya mawar..
Di mana pincangnya
Duri yang menghias


Anggunnya sekejap cuma
Cantiknya tidak bertahan lama
Harumnya menghias seketika
Layunya tanpa diduga

Mataharikah yang tak setia
Kurang bersinar menghadiahkan cahaya
Hujankah yang curang
Tak kunjung tiba
Menitikkan air-air semangat
Atau
Si Mawarkah yang lemah

Ah
Usah mencari siapa yang silap
Usah mengungkit apa yang berlaku
Yang penting..Mawar
Mawar perlu kuat
Mawar perlu bijak menghitung

Namun
Persoalan menjengah
Bisakah Mawar yang layu
Segar kembali
Mekar berseri
Harum menghiasi
Di taman larangan
Seperti suatu masa dulu

Ummm..Mungkin
Semuanya itu bisa
Hadirkan siraman air keimanan
Curahkan seteguk kasih sayang
Terbitkan keyakinan
Tingkatkan kesabaran
Wujudkan penerimaan
Tawakkal jadi peneman

Kini
Mawar yang layu bisa mekar kembali
Haruman yang menghilang bisa menusuk lagi
Segar berdiri
Sesegar embun pagi

Alhamdulillah
Mawar berduri telah bangkit
Kembali menghiasi taman larangan
Dengan besi kawat berduri
Seperti yang 'dia' ingini

...Hanya Mawar Itu...

Nukilan rasa: NiNaWati..
~25 Oct 2009
~Lebuh Muntri, Pulau Pinang

Tuesday, October 27, 2009

..Setelah Kau Pergi..

Ira!

Dalam hidup aku, hanya satu cinta yang ingin aku miliki. Dalam jiwa aku, hanya satu hati yang ingin aku miliki, tetapi hati itu bukan milik aku lagi, ia milik orang lain.

Biar berpuluh manusia mendesak supaya aku lontarkan kasih ini ke tempat lain, buang jauh-jauh agar aku tidak mengenangnya lagi…aku tak mampu, Ira. Kasihku pada kau terlalu kuat, cintaku pada kau terlalu agung.

Maafkan aku ira, aku gagal melenyapkan perasaan ini. Kau tahu, kan..dalam sejarah hidup aku, inilah kali pertama aku bercinta. Biarpun cintaku tidak bersambut, kasihku akan tetap mekar untukmu. Izinkan aku menyayangi dirimu, memuja dirimu sehingga ke akhir hayatku.

Aku tidak akan bercinta lagi selepas ini kerana cinta itu indah dan menyakitkan. Kau yang pertama dan kau juga yang terakhir. Sampai bila-bila pun, kasihku padamu tetap mekar di hati.

Ira!

Hatiku mendesak untuk mencarimu, untuk membisikkan kata-kata cintaku padamu, mungkin untuk kali yang terakhir kerana selepas itu aku akan pergi jauh dari dirimu. Aku tidak akan mengganggu kebahagiaanmu lagi.

Hadiah ini untuk hari ulangtahunmu, hadiah yang terlalu ingin aku berikan padamu. Jangan menolak Athirah, kerana aku tidak akan menerimanya semula.

Sayangku ira..

Selamat hari lahir, moga dipanjangkan umur dan moga kita akan bersua lagi. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat nanti, aku ingin bersamamu di sana.

Maafkan aku ira, terlalu banyak kesalahanku padamu dan aku mohon kemaafan darimu. Aku akan pergi jauh darimu, dari keluargaku. Ingat janjimu dulu..apabila kau terima aku sebagai abangmu, maka keluargaku juga akan jadi keluargamu..Kila dan Ida, adik-adikmu juga. Jangan lupakan mereka, ira.

Sayang!

Sampai di sini dan doaku semoga kita akan bertemu lagi. Moga bahagia di samping suamimu. Tentunya dia lelaki terbaik sehingga kau menolak kehadiranku. Hargai kasih sayangnya, jangan kau tinggalkannya sekali lagi, kerana perpisahan kali kedua mungkin lain pula ceritanya.

Ira!

Selamat hari ulang tahun dan moga kebahagiaan akan menjadi milikmu yang abadi.

Assalamualaikum..

Sayang dariku……along.

Ahmad Syakir


umm..novel Setelah Kau Pergi.huu..agak sedey cite nii..cinta itu indah dan menyakitkan buat Syakir..pe yg best, cinta dia sgt ikhlas buat Ira..sgt terserlah kesungguhan dia meraih cinta Ira..bersabar dan sanggup menunggu..oh..xmo komen bnyk2 sal novel nii..hehe..nk tau cite selanjutnya sila baca..

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Ape2 pun..kite kne ingat..CINTA yg paling agung hanya untuk ALLAH..jgn jadikan cinta manusia mengatasi rasa CINTA kita pada Allah..ALLAH itu kekal..Manusia hanya sementara..begitu juga cinta..CINTA ALLAH CINTA abadi..CINTA hakiki..cinta manusia sukar untuk dimengerti..

Biarlah CINTA ALLAH itu ditakluki sebelum cinta manusia dijejaki..agar persediaan itu ada..agar kebenaran itu itu nyata..agar keredhaan dapat dipupuk..agar kenyataan dapat diterima andai dugaan kasih menyapa.. ingatlah..CINTA ALLAH CINTA sempurna, CINTA sejati lagi hakiki..CINTANYA CINTA tulus suci murni..KasihNya nan abadi..

...CINTA ALLAH..CINTA yang tak pernah dan tak akan mengecewakan....

Tuesday, October 20, 2009

""JANGAN NAKAL""

...xmo Notty2...

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Diriku untukmu
Diriku untukmu

::Pliz3..kamu jgn nakal..nanti aku datang..bawa yang kau pesan::

::WARNA kEHIDUPAN::

....Inilah warna kehidupanku....

Disebalik PUTIH terselit kebencian
Disebalik OREN tercetus persengketaan
Disebalik KUNING tercipta kebahagiaan
Disebalik UNGU lahirnya kegembiraan
Disebalik HITAM muncul kenangan
Disebalik BIRU wujud ketenangan
Disebalik MERAH bangkit satu kemenangan
Disebalik HIJAU terjalin persahabatan
Disebalik PINK tercalit satu kelembutan

TAPI
Disebalik KEHIDUPAN ini..semuanya menjadi SATU
Inilah yang dikatakan sebuah kepastian yang nyata
dan
telah ditentukan...

...Try to decipher it if u want to know the truth inside it...

..Warna2 inilah yg menjadi lambang hidup..menemani perjalanan menyelusuri onak2 kehidupan..

Monday, October 5, 2009

..'KEMBALI LAGI'..

...Salam...

Setelah lama mendiamkan diri..sepi tanpa kata..blog sendiri tidak dijenguk..apatah lg blog org ln..rindu pule zaman2 berblog..bersama teman2 serumah..asek mengomen blog masing2..hehe..emm..hari ni tetibe terase mau menulis..dh lme xmenulis, x bersublimasi.. idea semacam kering pule..aiiyyyoo..

Dah hampir 3 bulan berhijrah ke negeri orang..Pulau Pinang menjadi takdir destinasi untuk dituju..Penang?..oh..xpernah terpk sy akn duk cni..huu..tulah kdg2 yg kte x suke tulah yg kte akn dpt..Allah maha mengetahui..positif2..

Bekerja sebagai PZM..setiap hari kaunseling di klinik..jupe pregnant mothers..budak2..umm..sonok juge..timba 'pengalaman'..hehehe.. seronok keje ngn kak lin (PZM PKTL)..akak memang best..banyak kte kongsi bersama kn..time kasih bnyk2 akak..really appreciate it..video ceramah motivasi tuu best ah..hihihi..

Di tmpt org..sorang2..mula membina hubungan baik dgn staff2 PKTL (Pejabat Kesihatan Timur laut)..Dr Naim (huu..dh nk pindah..xlame kite bekerjasama)..CC..sister (salu anta sy balik umah lu..thnks)..matron, Dr Manjeet (Noni ke Nani ke Nina?..haha), K lina, K mimi, K seri, Abg Zul, Abg yus (cik nina keje cni jela..kekal cni je..adoiii).. Abg Asrul (bkn rezki ko lg laa tuu..hehe),K mariah, K hetty, K intan, K kemma, Adilah..MA Marzuki, IK Izham, En Azuli, K Zu (best laa roti jala tuu)..staff2 klinik..Lyza (bile nk kuo nii..hehe), K acha, k Nor, yatt..dn ramai lg..xmuat pge if tulis sume..hehe..umm..kt sini ramai juge org ganu upenye..hehe..bgus2..

Awal2 kt sini terasa agak sukar..terasa x mampu nk teruskan..umm..only we know..kan ajlaa..camne susahnye kite mulakan idup kt sini..hehe..diari jd saksi kan..hahaha..kenang balik..lucu plak rse..camne kite tensen ngn rapid..feri..bukak pose lam bas..subuh2 ari dh menunggu bas..ujan lg..basah kuyup..lintas jln yg 3 line tuu..eh 6 laa..kaki melecek..kasut pown rosak2..jln bnyk ngat..bb pown turun..huu..duk kt bilik sewa tuu..Pn Lia, kami xsempat knal en shamsul yg puan promote2kn tuu laa..haha..oh..dh jadi kenangan kn..ajlaa pun dh pindah n9..sensorang laa sy di sini..so how's our plan..mau round2 Penang..gi Langkawi..huu..opfully we can make it..1 day mayb=) miss u laa dear..emm..skng sms jelah menghubungkan kite..kan2..salu bincang2 sal kaunseling..px yg pelbagai mcm..program2..report2..hehe..nnt sy turun kL laa..insyaAllah..jannah dh rindu sy tuu..hahaha..(perasan jap)..ade org tu janji nk banje sy..sy tuntut eh..yehuuu...

emm..skng dh pindah umah ln..dekat ngn opis..lintas jln je..5minit smpai..lunch pown salu balik umah..ade ousemates bru..seronok knal ngn Pty, kak shaja..celoteh utara korang nih memang wat sy pecah perut laa..hahaha..x masuk isu anjing n 'kayu api' tuu lg..hahaha..thanks salu tlg sy yek..bnyk sy blaja dr korang..thnks hadirkan memori baru lam idup sy...

Alhamdulillah..kehidupan semakin dipermudahkan..ari2 pegi klinik ngn transport opis..wow..ade driver plak sy..thanks a lot pd driver2..sabar melayan sy..thanks pd En Saiful..pd mamu yg bnyk celoteh..nasihat2..bg motivasi pd sy pagi2..En Shuhaimi (bape kali mau tny sy ni org mne..haha)..En Azam (alamak duit jaket lom byr..huuu..banje laa sy)..hehe..esk sy mau ke KK Lebuh Muntri plak..turn sape sok ek..hehehe..

ummm..nilah kehidupan skng..warna2 kehidupan..moga semuanya dipermudahkan Allah..moga semuanya berjalan lancar..moga sy mampu bekerja dengan baik..berbakti pd kuarga (alamak..rindu family laa..huu..lambatnye raya aji..)..

ooppsss..kne stop luu..nk call KK Bukit Jambul nii..para doc sekalian..mau join x kursus PSI Nov nii..aiiyyyooo..kate nk jd KRB (Klinik Rakan Bayi)..Jom ramai2 menjayakan Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 Jam..hehe..support laa sket..ahakssss..


....Bersyukurlah dengan apa yg Allah kurniakan skrg..jgn ditangisi ape yg xmampu digapai..teruskan kehidupan..bergembiralah..setiap org berhak hidup gembira...

Monday, March 23, 2009

..AiR mAtA kEhiDupAN..


emmm..artikel nii dr seorang sahabat..sahabat dunia akhirat sy..insyaAllah..thanks ye awk..miss u cyg=)



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti… "Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
::air mata sememangnya sinonim dengan WANITA..walau ape pun..yang penting..fahamilah WANITA kerana WANITA adalah WANITA::

Sunday, March 22, 2009

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

::Sabda Rasulullah SAW: Tidak sempurna iman seseorang muslim sekiranya kamu tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri::

Saturday, February 28, 2009

TAG dr JANNAH A.


Rules: The rules are simple.
Use Google Image to search the answers to the questions below.
Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.
After tha
t tag 6 people


..I aM..

..who am I????..OH..



..i reAlly waNt tO gO..

..mecca....Tulip Bulb Field in Spring, Leiden..




..My favOUrite Places..

..my sweet home..oh..mau balik lah..


..paNtAi itU..




..mY fAVouritE tHIng..

..my 'Rahsia Lukisan Hati'..my diary lah..hehe..




..my FavOURite drinks…
..teh ais..




..MY FAVourite foods..

nAsi AyAm yg besHHH...

..Kuih Teow Goreng Basah..



..MY favOURIte colOUrS..

blue black peach purple




..i liVe in...

..Negeri pEnYu..


..bandaraya warisan pesisir air..



..i WAs bORN AT..

..kt umah jep..mak xmo g spital..ahah..



..I atteNDEd…

..Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring..

..Madrasah Al-Thanawiyyah Al-Wataniah Ad-Diniyyah Tok Jiring..


..Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan..Kami Menjana Nilai & Skor..


..Universiti Kebangsaan Malaysia..Kampus Kuala Lumpur..



..mY fAVourite StorY..

..Tentang CiNtA..

..aA + bB..



mY hOBBies..

..reading..r u sure???..ahakss...

DayDreamiNg..koya ah skali skale..hukhuk~



I wISH for…

..HaPPy FamilY..mY oWn haPPy FaMiLy..amiin..

NiNa..pliz..dun put OFF ur HaPPy LiFE..


********************************

..i tAg..

-kak eila..miss U sgt2-
-kupu2 cayam-
-AfiQ..lame menyepi..hehe-
-sume laa followers sy..silakan anda sume yek-

Sunday, February 22, 2009

..Hati & Minda Yang Telah Letih (T_T)~~


xtau knape mlm ni tetibe rse sedey jep..cm mau nangis pon ade..hukhuk..x bape gemar laa ngn rse hati nii..serba salah..serba x kena..serba terganggu..jiwa..rohani..emosi..fikiran..oh..

ummm..mungkin terlalu bnyk bnda yg di pk kan..berebut2 mengetuk minda yang dah makin terasa kepenatannya..dan..mungkin juge terlalu bnyk keje..yg ntah bile akan siap..ntah bile akn berakhir..terasa seperti mau terbang pulang..jumpa ayah..mak..akak2 dan adik2..mahu lepaskan rase hati ini..lenyapkan segala persoalan yang membelenggu diri..sungguh..hanya mereka mampu buat sy lega..sentiasa..
missim them..soooo badly..huuu~


Oh..
NiNa..sila pujuk diri sendiri yek..untuk mase yg terdekat nii, x mungkin sy leh pulang ke rumah..keje terlalu bnyk tuk di settlekan..umm..ape pun, sy perlu ingat: Setiap yang bermula pasti akan berakhir..itulah intipati sebenar sebuah perjalanan hidup..yang menuntut kesabaran.. kesediaan..penerimaan..jua pengorbanan..

Tapi kan..tiap kali sedey..tiap kali rse spt mau nangis..sms dr 'org itu' pasti bertamu..x jemu bertandang..inbox pasti terisi dengan sms2 nya..sy pon pelik..kdg2 cm dia tau je sy tgh berduka..sy tgh sedey..even x dibalas..x dilayan..tetap setia menghantar mesej..ape pon, thanks awak..dan..maaf juga..sy x mampu penuhi harapan awak..mungkin tiada ruang buat kite..



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%



NiNa..
Kita ada satu sahaja HATI..
Jika gembira..HATI itulah..
Jika bertaQwa..HATI itulah..
Jika beriman..HATI yang satu itu juga..
Jika bercinta..pun HATI itu juga..
Jika terluka..pun HATI nan satu itu..
Terlalu SATU untuk BANYAK perkara..
Maka..
Jagalah HATImu dan HATI insan2 yang setia menyayangimu..
Sebaik2nya..




Ya Allah..kuatkan aku..
Kukuhkan rasa hati ini pada tekad yang telah kubuat..
Kurniakanlah aku hati yang tenang..
Permudahkanlah segala urusanku..
Biarkan aku tetap redha dengan setiap percaturanMu..

Friday, February 20, 2009

...RASA HATIKU...


Alhamdulillah..ari nii last collect data..g PDK Hulu Klang td..collect food record budak2 neyh..xsampai 15 minit pon kami kt PDK..budak2 x ramai dtg laa ri ni..hukhuk~

Lps collect data..pe lagi..cm bese..aktiviti meronggeng + merewang laa..ahakss..ni yg best ni..kami (sy, fida ngn ajlaa) g carrefour wangsa maju..dussshhh..sonok shoppim..sempat lg jumpe ngn Dr Rohi..aha..senyum jelah yg mampu..adakah Dr kenal kami?..mungkin..sbb Dr senyum kt kami jugak..ummm..

Suke sgt2 shoppim ari nii..sbbnye..sy dh dpt buku yg sy idam2kn..2 tahun tau..ngidam nk memiliki buku nii..ari nii tanpa pk pnjg..mmg sy mahu beli jugak..hehe..whatever pon..plg best lg.. sy beli 2 buah buku..suppose harga dia RM 55.80..skali p.cik tuu terus je ckp, "xpe dik, RM 50 je"..sy cam ternganga pon ade gak..bia benor p cik nii..sy bru je nk mintak kurang yg 80sen tuu..skali p cik bg RM 50..alhamdulillah2..murah rezki sy..back to p.cik jugak ye..amiin..

Kuar dr kedai,memang rse mulut xleh nk tutup je..senyum memanjang..epi sgt2 dpt buku..cm xnmpk bnda ln dh..adoiii..parah2..itulah yg sy rse tiap kali dpt buku..ahaha.. pastu kami jupe tshirt..aikk..nmpk aje..aha..best je mcm..oh..sy beli 2 tshirt..suke juge ngn t shirt nii..simple but nice..harga pon murah aje..see..terbukti ah kan..sy memang suke buku n suke baju lah..sy pon baru je realize..slps membuat TAG itu..time kasih pd TAG itu..ngee~

Serba sedikit tentang buku idaman yg dh sy beli tuu..sy cite satu buku jelah ea:

Tarbiyyah Al-Aulad: Anakku Hebat Anakku Soleh tajuk buku tuu.. Buku tuu ade sebut..

*Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya*

*Masa yang diperuntukkan oleh ibu ayah untuk bersama2 dengan anak2 membuatkan anak2 berasa disayangi dan dihargai*

*Hak2 anak dalam islam: semasa dalam rahim ibu..semasa lahir..sehingga dewasa*
..Oh..sungguh besar tanggungjawab itu..mampukah~

*Seorang ahli bijaksana ada berkata: 'Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan*
..Oh..untuk itu..adakah sy telah terlambat..uhukss~

*Anak perlu dididik oleh ibunya sendiri sebelum diserahkan kepada institusi pusat asuhan atau tadika*

*Mendidik anak yang belum mumaiyiz seperti menatang minyak yang penuh..jangan beri ruang untuk dia tumpah*

*Didiklah anak dengan penanaman akidah agar anak merasa sentiasa di awasi Allah*

*Hubungan mesra suami isteri termasuk solat berjemaah menjadi contoh kepada anak2 kecil dan terlekat pada "minda bawah sedar" mereka*

*Bersabarlah dan rasa mulialah bersama Islam..apatah lagi kamu berusaha mengembalikan maruah umat ini..Ingatlah, jangan sesekali kamu melatah apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tertekan..Ingatlah, orang yang perkasa bukanlah di kalangan mereka yang handal bersilat, tetapi mereka yang dapat mengawal diri apabila marah (Al Imam Hassan Al Banna)*


~~~~~~@@@@@@@@@~~~~~~


Oh..sumeny membuatkan sy kembali b'pk..adakah betul perancangan masa depan yg sy pk2 kan sebelum nii?..adakah jalan yg bakal dipilih suit dengan diri sy?..emm..stkt nii sy rse sy gembira ngn plan itu..sy pun dh cuba pk dr sume sudut..sebelum membuat keputusan..penentuan perjalanan hidup sy seterusny..mungkin hidup sy nnt bukan sekadar 'SAYA' shj..mungkin..dengan izin Allah akn hadir insan2 lain yg akn sama2 mewarnai..perjalanan sisa2 hidup ini..sama2 melengkapkan arah serta hala tuju hidup ini..masa depan sy..masa depan 'MEREKA' juga..hehe..dan..buku2 ini agak2 membantu tuk menguatkan lg plan sy..memberi jalan pilihan untuk sy menentukan yg terbaik buat semua..sy tidak perlu menjadi selfish untuk mengejar apa yg sy ske semata2..dengan hanya memikirkan kepentingan sendiri..tanpa memikirkan insan2 lain juga..ummm..alhamdulillah...ape yg sy suke..ape yg sy rancangkan mungkin terbaik tuk sume..hopefully..moga perancangan sy mendapat keberkatan dr Allah..dengan izinNya jualah..agar sy mampu melaksanakan semua perancangan sy..Hanya Dia sebaik2 perancang dan penentu..INSYAALLAH..sy serahkan sumeny pada Allah..


emmm..memiliki buku memang membuat hati sy riang gumbira..actually..ade lg aim buku2 yg nk dibeli..tapi x berpeluang lg..adakah sy perlu request pada seseorang???...ahahhaa..x mungkinlah..

Lps nii sy nk beli 'Satu Rasa 2 Hati'..pastu nk beli 'Khadijah: True Love Story of Muhammad'..pastu nk beli 'La Tahzan' yg kecik2 tuu..yg 3 buku tuu..senang nk bwk ke mane2.. pastu nk beli 'Tafsir WANITA dalam Qur'an'..buku 'Qiamullail'..pastu nk beli novel 'Bukan yang Pertama' ngn novel '5 Tahun 5 Bulan'..oh..sgt banyak buku yg mahu dibeli..cano nii..request hantaran minang n kahwin ah cmni..hoho..xdpt bnda ln pon xpe..sume dulang hantaran adalah buku2..oh..mmg mampu wat sy x tdo ah kalo dpt tuu..mampu wat sy senyum 5tahun 5bulan ah..ahahaa..mungkin..


Ok..merepek2..mahu buat keje lah..bnyk lg xsettle nii..kalo nk melalut sampai sok pon x abes..kan..hehe..



..::Banyak perkara boleh merubah kita..TETAPI..Harus diingat..Apa2 pun yang berlaku..Kita bermula dan berakhir dengan KELUARGA::..